COPY STORY WRITEUP :
Majalah:Stailista
Keluaran:May 2014
Bahagian Dua
{APAKAH YANG MENDORONG ANDA TERLIBAT PERNIAGAAN SABUN SERAI HERBA SOLOSKINCARE INI?}
Dorongan utama saya dalam perniagaan Sabun Serai Herba Soloskincare ini adalah hasil kejayaan saya merawat penyakit ekzema yang dihadapi oleh anak lelaki saya Putra Aydeen ketika usia bayi lagi.Dari situ timbul keinginan niat dihati untuk sama-sama berkongsi rahsia dan khasiat serta kelebihan sabun ini untuk mereka yang mempunyai masalah kulit dan ingin merawat kulit mereka agar lebih sihat dan segar sentiasa.
{KENAPA SABUN DAN MENGAPA MEMILIH PRODUK DARI INDONESIA?}
Penemuan produk sabun serai herba ketika percutian saya ke salah satu kota diIndonesia ,melihat ramai pelanggan yang mengunjungi kesalah satu toko ubat yang terdapat dikota tersebut membuatkan saya tertarik hati untuk mengetahui dan melihat lebih dekat.Ternyata produk rawatan kulit yang mujarab dan ajaib ini mempunyai banyak khasiat dan bahan yang dihasilkan dari sumber alamsemulajadi dan tiada kesan sampingan untuk bayi usia seawal 8bulan,kanak-kanak hingga dewasa.Secara tidak langsung produk ini rawatan kulit ini dijual dalam bentuk sabun yang diperbuat dari minyak serai asli dan bahan-bahan semulajadi lain membuatkan tertarik untuk membeli dan mencuba produk tersebut untuk merawat masalah ekzema yabg dihidapi oleh anak lelaki saya.
{APA KELEBIHAN DAN KHASIAT SABUN SERAI HERBA SOLOSKINCARE}
Saya adalah pengguna setia sabun serai herba hampir dua tahun dan ingin berkongsi maklumat kelebihan dan khasiat tentang produk ini.Sabun Serai Herba Soloskincare adalah sabun istimewa yang berfungsi 3 dalam 1 iaitu :-
1-Merawat masalah kulit iaitu mengangkat/menanggalkan sel-sel kulit mati/kering yang masih melekat dipermukaan kulit dengan cara menengang dan mengecut serta rasa sedikit kering dan secara perlahan-lahan kulit mati akan tanggal dan hilang.
2-Mencantikkan sel-sel kulit baru yang muncul dengan melembab,mencerah serta melembutkan kulit dan sekatakan tona kulit.
3-Bertindak sebagai aromaterapi minda dengan bauan serai yang menyegarkan,menenangkan minda anda disamping itu dapat menghilangkan rasa kepenatan badan serta sesuai dijadikan mandian herba untuk ibu-ibu dalam pantang selepas melahirkan bayi ia berfungsi dapat mengurangkan tekanan perasaan murung ketika tempoh berpantang serta mencantikan kulit.
Bahan utama yang terkandung didalam Sabun Serai Herba Soloskincare adalah pati minyak serai asli yang juga bertindak sebagai antiseptik dan anti oksida dalam merawat masalah kulit.Bahan-bahan lain adalah dari sumber alam semulajadi seperti minyak kelapa,minyak zaitun,minyak serai,asam kawak,susu murni dari ladang dan juga air murni yang telah disulingkan dan juga diberi sedikit bahan pengeras untuk dijadikan bentuk sabun pepejal.
Sabun Serai Herba Soloskincare sesuai untuk kegunaan seisi keluarga lelaki dan perempuan dari usia bayi lapan bulan keatas sehingga warga emas dan pelbagai kaum.Sabun ini digunakan ketika mandi dan juga boleh boleh digunakan untuk merawat tempat bermasalah sahaja.
No comments:
Post a Comment