Saturday, May 10, 2014

Lelaleena Usahawan Sabun {Bahagian Satu}



[ LELALEENA VS SOLOSKINCARE]

COPY STORY WRITEUP :
Majalah:Stailista
Keluaran:May 2014

Bahagian Satu

{SIAPAKAH ANDA SEBELUM TERLIBAT DENGAN SOLOSKINCARE?}

Saya adalah seorang wanita yang bekerjaya didalam beberapa bidang yang saya ceburi.Kerjaya tetap saya sebelum ini dan sehingga kini disektor kewangan dan dalam masa sama saya juga menguruskan perniagaan kedai makan(warung)ditengah bandar Kuantan yang kini hampir 6 tahun beroperasi menjual nasi campur dan juga masakan panas.Perniagaan tersebut dijaga dan dipantau sepenuhnya oleh kakak saya.Saya juga akan menghabiskan waktu lapang dihujung minggu atau selepas waktu pejabat untuk ke kedai makan bersama-sama membantu dan berbincang dengan kakak berkaitan perniagaan ini.

Kebiasaannya perniagaan online diuruskan pada waktu malam dengan mengambil masa 2 hingga 3 jam sahaja kerana pada kerja perniagaan online saya dibantu oleh anak saudara yang menguruskan pesanan dan hantaran produk kepada pelanggan.Saya menggunakan waktu lapang dengan pelbagai aktiviti berfaedah bersama keluarga dan kawan-kawan seperti beriadah,menonton wayang,keluar untuk makan bersama kawan-kawan atau keluarga.

Cuti tahunan akan dihabiskan dengan percutian rehat dan tenangkan minda bersama keluarga atau kawan-kawan.Kebiasaannya saya akan adakan waktu rehat atau aktiviti untuk diri sendiri bersama teman-teman rapat,kebiasaannya saya pergi bercuti ke luar negara atau pergi membeli-belah bersama teman rapat saya.Untuk keluarga pula kebiasaanya saya akan aturkan aktiviti pada musim cuti persekolahan khas untuk anak-anak contohnya membawa mereka pergi bercuti dipusat hiburan atau peranginan,taman tema dan reakreasi atau percutian dihotel/resort terdekat.Inilah saya untuk memenuhi masa yang berkualiti dengan sebaik mungkin untuk diri sendiri bersama keluarga dan teman-teman.

No comments:

Post a Comment