COPY STORY WRITEUP :
Majalah:Stailista
Keluaran:May 2014
Bahagian Tiga
{CABARAN DALAM MENJADI USAHAWAN WANITA BERJAYA?}
Merancang dan mempunyai keinginan untuk berniaga dan menjadi orang yang berjaya serta maju dalam perniagaan adalah impian setiap orang termasuk diri saya sendiri.Setiap apa yang kita dilakukan mesti mempunyai risiko dan cabaran.Saya mengambil keputusan nekad beranikan diri untuk pergi sendiri ke Indonesia tinggalkan keluarga dengan membawa sekeping kertas tawaran dari syarikat yang hanya tiga bulan ditubuhkan untuk bekerjasama menjadi pembekal dan pengedar tunggal Malaysia untuk Sabun Serai Herba Soloskincare untuk dijual dipasaran Malaysia dengan pihak pengeluar/kilang disana.
Persetujuan dan perjanjian akhirnya diterima kedua belah pihak dan saya bermula dengan modal kecil wang hasil simpanan sendiri tanpa memikirkan risiko kerugian dan hanya bekerja menggunakan telefon bimbit dari awal proses berkenaan produk ini hingga ke akhir termasuk penyediaan dokumen,lesen,iklan,pemasaran dan urusan penghantaran produk dari Indonesia ke Malaysia dan yang berkaitan dengannya kerana masa amat terhad untuk saya duduk depan komputer.
Cabaran utama saya dalam perniagaan ini adalah bertapa sukarnya untuk saya menyakinkan pengguna bahawa produk tersebut sangat bagus dan mujarab walaupun dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi.Persaingan sengit dalam memasarkan produk ini dengan produk-produk lain yang banyak terdapat dipasaran yang dihasilkan dari bahan-bahan yang menggunakan teknologi terkini membuatkan diri saya sedikit kecewa dan hampir gagal.Namun semangat pasti boleh pada diri dalam melakukan sesuatu perkara membuatkan saya lebih kuat melawan cabaran yang ada.Pengguna hanya memikirkan produk yang mempunyai rawatan untuk kesan yang lebih cepat dan mudah dalam waktu singkat.Akhirnya produk saya mula mendapat perhatian apabila mereka guna dan kesan perubahan dapat dilihat dengan baik.Hanya pengguna yang bijak akan memilih dan menggunakan produk dari bahan alam semulajadi yang jauh lebih selamat dan mengelak dari terkena kesan sampingan lain.Harga yang berpatutan dan mampu milik oleh setiap lapisan masyarakat dan khasiat produk ini.Akhirnya saya berjaya memperkenalkan produk tersebut ke setiap Daerah dan Negeri,kini saya hanya membuka peluang pasaran produk dengan mengembang lebih banyak lantikan pengedar dan ejen disetiap Daerah dan Negeri.
{VISI ANDA UNTUK 2014}
Berpegang pada kata'kulit secantik sesihat rawatan" dan "we share we care with Soloskincare"menjadikan produk ini mampu dimiliki oleh setiap golongan dan lapisan masyarakat untuk merawat masalah kulit yang mereka hadapi.Harga mampu milik untuk untuk produk yang mujarab,berkesan serta banyak khasiat ini bukan menjadi masalah utama untuk golongan kurang mampu merawat masalah berkaitan kulit mereka.Saya juga akan menjadikan Sabun Serai Herba Soloskincare terkenal sebagai sabun rawatan kecantikan aromaterapi minda 3 dalam 1 nombor satu dalam pasaran produk Malaysia.Saya juga akan bekerjasama untuk memasarkan produk ini ke Negara jiran kerana ada permintaan pelanggan dari Negara tersebut.
Inilah serba sedikit ringkasan perjalanan produk Sabun Serai Herba Soloskincare semoga apa yang dikongsikan disini dapat dijadikan rujukan dalam merawat masalah kulit.Jadikan kulit secantik sesihat rawatan Soloskincare.
Pengasas Soloskincare
Lelaleena
PT.Mutiara Prima
No comments:
Post a Comment