[ kulit secantik sesihat rawatan ]
Sabun Serai Herba Soloskincare adalah sabun beraroma serai wangi dan diformulasi dari bahan utama iaitu minyak serai wangi asli dan bahan-bahan herba lain seperti minyak zaitun,minyak kastor,minyak kelapa,asam kawak,susu murni,air murni dan bahan naOH,propilen glycol,titanium dioksida yang digunakan dalam proses pembuatan sabun.Hampir 100% sumber utama bahan tersebut dihasilkan dari tumbuhan herba semulajadi.
Kepakaran kami ialah menjadikan Sabun Serai Herba sabun yang mujarab untuk merawat segala jenis masalah penyakit berkaitan kulit dari kulit kepala,kulit muka,badan dan kaki.Sesuai untuk kegunaan lelaki dan wanita pelbagai kaum dan pelbagai kategori umur seperti bayi berusia seawal 8bulan keatas,kanak-kanak,remaja,dewasa dan golongan warga emas yang terdedah kepada faktor cuaca/iklim yang tidak menentu dinegara asia seperti diMalaysia/Singapura/Thailand/Indonesia/Brunei/Filipina/India dan Negara-Negara Asia yang terdekat.
Faktor iklim/cuaca adalah penyebab utama masalah kulit berlaku dan kajian menunjukan hampir 80% serangan penyakit kulit contoh seperti ruam panas,ruam lampin,ekzema,jerawat,kulit kering,kulit bersisik,kulit berminyak,kulit terdedah pancaran sinaran matahari,kutu air,kelemumur kulit kepala,gatal-gatal kulit,kulit sensitif,bunga badan,panau,kurap,jangkitan kulat,gegata,kulit berkudis,pecah tumit kaki berlaku dinegara ini disebabkan pencemaran udara yang banyak menyerang kanak-kanak hingga golongan dewasa.
Masalah lain yang boleh dirawat menggunakan Sabun Serai Herba iaitu menghilangkan bau badan dan ketiak serta boleh memutihkan celah lipatan dengan penggunaan yang teratur.
Bagi mereka yang selalu kepenatan berfikir dan bekerja sabun tersebut sesuai dibuat sebagai mandian dengan aroma serai wangi dan herba yang boleh menenangkan minda.Sabun Serai Herba juga sesuai digunakan untuk perawatan di Spa untuk dijadikan mandian dan rendaman kaki untuk hilangkan daki dan sel-sel kulit mati yang melekat dikulit proses ini akan membuatkan kulit cantik,sihat dan segar.
Aroma Sabun Serai Herba membuatkan sabun tersebut sesuai digunakan sebagai mandian herba(serom) untuk ibu-ibu dalam tempoh berpantang selepas melahirkan bayi kerana sabun tersebut berperanan melicin dan menghalus serta menggebukan kulit dan aromanya juga mampu mengurangkan risiko penyakit lesu tidak bermaya keletihan dan kemurungan selepas bersalin atau bahasa pasar dikenali sebagai penyakit meroyan "postnatal sydrome" dalam pantang.
Rawatlah kulit anda dengan Sabun Serai Herba Soloskincare dan anda akan rasai perbezaan yang ketara serta pemulihan kulit anda dalam masa satu hingga dua minggu dengan aroma yang memikat hati menjadikan anda sentiasa fresh sepanjang hari.Dijamin selamat untuk kegunaan harian seisi keluarga.
Rawat kulit untuk dapatkan kulit yang cantik dan kulit yang cantik akan membuat anda sentiasa segar dan sihat sesuai dengan tagline kami "kulit secantik sesihat rawatan"
No comments:
Post a Comment